Sunday, February 12, 2017

Majlis Konvokesyen Abang Saya

    Pada 2.10.16 bersamaan hari Sabtu yang lalu, saya sekeluarga telah menghadiri majlis konvokesyen.abang sulung di Universiti Malaya.Kami pergi ke sana dengan menaiki motokar ayah yang berjenama BMW X6.Kami bertolak dari kediaman pada pukul 8.00 pagi.Kami pegi ke majlis konvokesyen abang untuk memberi sokongan serta mengucapkan syabas kepada abang ketika menerima segulung ijazah dalam bidang perubatan. 

    Sebelum beredar dari kediaman,saya dan adik bongsu menggosok pakaian menggunakan seterika elektrik supaya kelihatan segak apabila dipakai nanti.Selain itu,ibu dan kakak sibuk menyediakan jambangan bunga mawar berwarna merah tua untuk diberikan kepada abang.Pada masa yang sama,ayah memeriksa keadaan kereta untuk memastikan perjalanan yang selesa dan selamat bak kata "sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna".

    Dalam perjalanan ke Universiti Malaya,saya berpeluang untuk melihat pelbagai bangunan pencakar langit yang bertingkat-tingkat dan tinggi.Bukan itu sahaja,kami juga melihat keadaan jalan raya yang hiruk-pikuk dengan berbagai-bagai kenderaan yang lalu-lalang.Ayah pula emandu kereta sambil menasihati kami supaya rajin mengulang kaji pelajaran menjelang peperiksaan akhir tahun.Kami memasang telinga akan nasihat beliau kerana tidak mahu mensia-siakannya bagai mencurah air ke daun keladi.

    Kami selamat sampai di destani tepat pukul 10.00 pagi seperti yang dirancang.Kami mengikut papan tanda yang disediakan untuk pergi ke Dewan Tungku Canselor.Ramai ibubapa penerima ijazah telah duduk di dalam dewan yang berdingin hawa.Pada pukul 10.30 pagi,Canselor Universiti Malaya rela hati memberi kata alu-aluan lantas memalu gong sebanyak tiga kali sebagai tanda perasmian majlis ini dengan penuh meriah.Dalam ucapannya,beliau merakamkan tahniah dan syabas kepada semua graduan yang berjaya dalam bidang pengajian masing-masing.

    Para hadirin memberikan tepukan gemuruh kepada graduan-graduan menerima ijazah.Ibu saya menitiskan air mata sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan apabila abang saya menerima segulung ijazah daripada Canselor Universiti Malaya.Kedu-dua orang tua saya menanti-nantikan detik kegemilangan ini dengan penuh harapan sejak lima tahun yang lepas.Akhirnya, segala usaha gigih abang telah membuahkan kejayaan yang kecemerlangan.Abang saya sanggup bersengkang mata untuk mengulang kaji pelajaran demi kejayaan yang cemerlang kerana dia sedar  bahawa berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian;bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.

    Setelah menerima ijazah,abang telah sujud kaki ibu dan ayah untuk mendapatkan restu mereka.Ibu telah memeluk abang lalu mencium kedua-dua belah pipinya.Abang saya kelihatan segak apabila memakai jubah yang berwarna biru tua.Kami tidak melepaskan peluang untuk memberi jambangan bunga kepada abang lalu mengambil swafoto bersamanya untuk disimpan sebagai kenangan manis.

    Kini,abang saya digelar sebagai Doktor Ram.Abang saya akan memulakan kerjanya di Hospital Besar Kuala Lumpur pada awal bulan November nanti.Saya besar hati apabila melihat abang saya telah berjaya dalam kehidupannya.Saya berazam dan bertekad untuk mengikut jejak langkah abang bagi menuntut pelajaran di universiti tertua Malaysia itu dalam bidang pertanian.

    Majlis konvokesyen abang saya telah tamat dengan jayanaya pada pukul 2.00 petang.Seribu satu pengalaman manis yang saya peroleh dalam majlis itu kekal kukuh dalma memori saya buat selama-lamanya.Saya berdoa kepada-Nya agar abang tersayang saya panjang umur dan selalu hidup bahagia.